Hilang 11 hari, MB T’ganu muncul selepas teruk dikecam, luang 20 min dengan mangsa banjir

Happy sungguh MB Terengganu, mungkin masih dalam mode melancong lagi.


KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menepati janjinya pulang segera ke negeri ini hari ini selepas 11 hari ‘menghilang’.

Beliau dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman membuat kemunculan semula di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai, Kemaman pada pukul 12.15 tengah hari.

Mereka meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan.


Difahamkan lawatan itu dilakukan selepas Ahmad Samsuri menerima taklimat pengurusan banjir daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kemaman
yan dilakukan secara tertutup.

Kosmo! semalam melaporkan ramai rakyat Terengganu yang menjadi mangsa banjir tertanya-tanya kelibat Ahmad Samsuri yang kali terakhir dilihat berada di negeri ini pada 11 Disember lalu.

Difahamkan beliau bercuti bersama keluarganya di New Zealand sebelum berjanji akan pulang segera setelah menerima kecaman ramai.


Sementara itu, dalam laman Facebooknya, Ahmad Samsuri memberitahu, setiap keluarga terlibat banjir di negeri ini bakal menerima bantuan khas RM1,000 daripada kerajaan negeri.

“RM10,000 pula akan diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia disebabkan banjir sebagai rasa simpati,” katanya. – Kosmo



Join our Telegram Channel
Telegram