PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan bertindak untuk tidak meneruskan kelulusan
projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion oleh kerajaan terdahulu.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kementerian Kewangan sudah
mengarahkan kelulusan projek itu tidak diteruskan kerana membabitkan kelulusan
secara rundingan terus sebelum ini.
“Kita akan meneliti semula beberapa kelulusan lama yang baik kita akan
teruskan tapi tentu dengan pendekatan baharu. Soal kemiskinan, soal
kesenjangan dan soal langkah-langkah utama untuk memacu pembangunan ekonomi.
“Saya juga tekankan beberapa kelulusan mutakhir termasuk kelulusan tebatan
banjir yang peruntukannya sekitar RM15 bilion dan RM7 bilion sudah diluluskan
tanpa proses tender secara teratur melalui rundingan terus.
“Saya telah minta fail itu tidak diteruskan, diteliti semula supaya ada
prinsip ketelusan dan juga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” katanya
pada sidang media di Kementerian Kewangan hari ini.
Beliau sebelum itu memulakan tugasnya selaku Menteri Kewangan hari ini dengan
mengetik kad perakam waktu di kementerian itu pukul 7.57 pagi tadi.
Jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi, tindakan untuk tidak meneruskan
projek itu juga kerana ia membabitkan jumlah peruntukan yang bukan kecil.
Malah Anwar juga menjelaskan, keputusan meluluskannya secara rundingan terus
itu dibuat dengan alasan kononnya untuk menyelesaikan masalah tebatan banjir.
ARTIKEL BERKAITA:
- PANAS: Hadi tak sengaja dedah H2O salah seorang sain SD sokong Muhyiddin
- Anwar: Cabutan khas 4D hanya 8 kali setahun mulai 2023, zaman PN 22 kali
- Anwar bayangkan dana pilihan raya PN dari syarikat judi
- Potong 20 peratus gaji menteri setiap bulan – PM
- Anwar mahu Syed Mokhtar, Bernas 'henti hisap darah' pesawah miskin
- PM arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN
- Anwar pertahan keputusan lantik Zahid TPM
- Projek 5G: Kerajaan arah semak semula tender
Join our Telegram Channel