Lelaki meraung kesedihan, tak sempat selamatkan anak kena baham buaya depan mata di Lahad Datu



SEORANG bapa terpaksa menanggung kesedihan selepas anaknya maut dibaham buaya pada Khamis di Lahad Datu, Sabah.

Gagal mengawal kesedihan, lelaki berkenaan dilihat menangis dan meratapi kematian anaknya susulan kejadian itu dipercayai berlaku di hadapan matanya sendiri.

Kejadian itu mengakibatkan lelaki terbabit turut mengalami kecederaan di tangan ketika cuba menyelamatkan anaknya dalam serangan tersebut.

Dikongsikan di laman Facebook, rakaman itu hangat diperkatakan warganet.


Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu dari Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Lahad Datu.

Menurut saksi, kedua-dua mangsa melalui detik tragis itu ketika sedang mendayung perahu di kawasan tersebut sebelum diserang buaya terbabit yang mengganas secara tiba-tiba.

Mangsa yang terselamat dilaporkan mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di hospital.

Rata-rata warganet meluahkan komen berhubung isu kejadian.


"Buaya semakin berleluasa membaham orang di Sabah kebelakangan ini, kerajaan negeri perlu ambil tindakan serius, wartakan undang-undang memburu buaya seperti di Sarawak," kata Donny Sius.

"Buaya sekarang sudah tidak relevan untuk dikelaskan sebagai haiwan terlindung sebab manusia sendiri pun terancam," jelas Maximillian Mel.

"Sedih lihat kejadian seperti ini, harap bapanya tabah dan boleh terima kematian anaknya dengan hati terbuka," tambah Imran Noir.

Pencarian mangsa masih lagi diteruskan oleh Pasukan Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dan belum ada sebarang penemuan dilaporkan berhubung kes tersebut setakat ini. — Majoriti




Please subscribe



Please subscribe



Please subscribe



Please subscribe



Please subscribe



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram