Zuraida, Redzuan dilantik timbalan presiden Muafakat Nasional



KUALA LUMPUR: Dua bekas menteri Zuraida Kamaruddin dan Redzuan Md Yusof dilantik sebagai timbalan presiden NGO Muafakat Nasional.

Presidennya, Annuar Musa turut mengumumkan pelantikan penceramah terkenal Ridhuan Tee Abdullah dan bekas Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara Kumar ke jawatan itu.

Beliau mengumumkan pelantikan itu selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi MN pertama selepas ditubuhkan bulan lepas.


Zuraida, bekas Ahli Parlimen Ampang, dipecat daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 27 Dis lepas bersama 10 individu lain selepas didakwa melanggar disiplin parti.

Redzuan ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Sejak ia dibuka untuk pendaftaran, MN kini mempunyai lebih 25,000 ahli daripada pelbagai parti dan dalam kalangan golongan profesional.


Sementara itu, Annuar berkata, mesyuarat hari ini juga bersetuju untuk menubuhkan enam kluster utama bagi mengukuhkan struktur organisasinya.

Kluster berkenaan terdiri daripada Ekonomi; Sosial dan Kebajikan; Pendidikan dan Kenegaraan; Politik dan Kepimpinan; Belia dan Mahasiswa; serta Media Sosial dan Seni Budaya.

“Enam kluster dibentuk supaya setiapnya membuat susulan perbincangan dalam aspek yang lebih spesifik,” katanya. – FMT


ARTIKEL BERKAITAN;

Join our Telegram Channel
Telegram