1MDB: Najib, Arul Kanda dibebas tuduhan salah guna kuasa



Bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dibebaskan daripada tuduhan salah guna kuasa membabitkan laporan audit 1MDB.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua mereka.


Najib yang juga bekas menteri kewangan, didakwa menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu untuk mengarahkan pindaan kepada laporan akhir audit 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2016 untuk mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Arul Kanda didakwa bersubahat dengan bekas perdana menteri dalam membuat pindaan terhadap laporan audit berkenaan.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah dalam kes rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram