Pertemuan sulit Daim, Hamzah, Takiyuddin, Azmin, 15 MP BN bakal letak jawatan?



Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin didakwa telah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan tiga operator politik parti-parti pembangkang sejak beberapa hari ini.

Beliau didakwa membuat perancangan untuk menggugat Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan pendakwaan terhadap salah laku yang melibatkan jutaan ringgit wang negara yang dihadapi oleh pihak-pihak tertentu sekarang.

Antara tokoh-tokoh yang ditemui Daim yang multi bilionair ini adalah Datuk Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung Pas) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (bekas Timbalan Presiden PKR yang belot).


Pertemuan ini diadakan secara berasingan antara mereka di Menara Ilham, pejabat Daim yang terletak di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur.

Tiga operator politik pembangkang menjadi tetamu Daim sejak beberapa hari ini.

“Ini satu pertemuan sulit untuk merancang menggugat Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar,” dakwa Datuk Lokman Noor Adam dalam siaran FB Live beliau malam tadi.

Menurutnya, antara perancangan yang dibuat adalah mengadakan pilihan raya kecil untuk 15 ahli Parlimen.


“Saya difahamkan 15 ahli Parlimen dari BN sedia meletakkan jawatan dan bertanding semula dalam pilihan raya kecil kawasan masing-masing untuk menunjukkan Kerajaan Perpaduan tidak ada sokongan rakyat.

“Mereka yakin boleh menang dengan sokongan dari Daim,” katanya.

Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar kini mendapat sokongan 148 ahli parlimen manakala PN mempunyai baki 74 ahli parlimen.

Bagi menjatuhkan Anwar, PN perlu mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya 36 lagi ahli parlimen untuk mendapatkan 112 minima ahli parlimen di Dewan Rakyat.


Kalau benar tindakan Daim ini bermakna negara akan tidak stabil semula sebagaimana yang berlaku selepas pilihan raya umum ke 14 lalu. − Harapandaily




Join our Telegram Channel
Telegram