Arah pekerja rogol isteri

Eman Aded.


Demi mahu kahwin lain, seorang pengusaha kedai pakaian di Mesir tergamak menyuruh pekerja merogol isterinya.

Hussain A, 24, merancang plot itu bagi 'membuktikan' wanita itu curang, sekali gus memudahkannya untuk bercerai.

Ia selepas mangsa tidak membenarkan lelaki itu berkahwin dengan wanita lain.

Bagaimanapun, apa yang terjadi sebaliknya apabila pekerja itu 'terbunuh' mangsa ketika cuba merogol wanita terbabit.


Gulf News melaporkan Eman Aded, 21, penuntut sebuah universiti ditemui tidak bernyawa di sebuah apartmen di Mit Antar yang terletak di bandar Talkha.

Hussain memaklumkan kepada pihak berkuasa dia terkejut melihat isterinya terbaring sebaik memasuki rumah mereka.

Berdasarkan kamera litar tertutup, seorang wanita yang berniqab dilihat memasuki rumah berkenaan pada masa kejadian.

'Wanita' itu sebenarnya adalah pekerja kedai Hussain.


Siasatan lanjut mendapati bahawa wanita itu menjerit ketika pekerja terbabit cuba memperkosanya.

Dia kemudian mencekik wanita itu sehingga mati di sisi bayi mangsa yang berusia sembilan bulan.

Akhirnya, Hussain terpaksa mengakui merancang kejadian rogol itu atas alasan mahu berkahwin dengan wanita lain.

Lelaki itu juga mendedahkan dia menghasut pekerja itu untuk memperkosa mangsa.

Ketika ini, dia dan pekerjanya ditahan berhubung dakwaan membunuh dengan niat. – Hmetro


ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram