![]() |
Kiri, Natashakilla dilawati oleh Pejabat Daerah Batu Pahat semalam selepas kisahnya viral. Kanan, Natashakilla bersama suami. |
BATU PAHAT – “Saya reda dengan ketentuan Allah jika suami saya disahkan
menghidap penyakit mental,” kata Natashakilla Zulku, 27, dari Kampung Sungai
Nibong Darat, Semerah, dekat sini.
Natashakilla berkata, dia tidak menyangka suaminya, Khairul Kasmon, 35,
mengalami kemurungan teruk selepas menghadapi beberapa tekanan hidup.
“Suami berubah kepada personaliti begitu berbeza berbanding dulu yang sangat
ceria dan sentiasa berfikiran positif.
“Suami tak pernah tertekan sebelum ini, kami bahagia dan mampu tunaikan
permintaan empat anak berusia antara dua hingga 11 tahun. Keadaan itu berubah
apabila satu persatu masalah menimpa sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) iaitu Mac tahun lalu,” katanya ketika ditemui hari ini.
Menurutnya, sebelum itu suaminya diuji dengan kehilangan ibu disusuli nenek
yang meninggal dunia akibat sakit tua dan ketika PKP, sektor pekerjaan
suaminya dihentikan sementara.
“Saya pula ketika itu baru melahirkan anak bongsu, suami sudah kelihatan
tertekan kerana merasakan beban besar yang perlu dihadapi ditambah pula
masalah kereta rosak yang memerlukan kos pembaikan yang tinggi.
“Suami saya ketika itu bekerja kontrak sebagai pemandu jentera pengaut hanya
mendapat bayaran gaji harian dan sumber kewangan kami sekeluarga terputus
berikutan pelaksanaan PKP fasa pertama,” katanya.
Katanya, sejak itu suaminya mula murung, solat pun terlupa rakaat, bercakap
seorang diri.
“Saya terus menghubungi klinik desa berhampiran dan dinasihatkan membawa suami
untuk rawatan.
“Pada Mac tahun lalu, saya menghubungi ambulans untuk membantu suami
mendapatkan rawatan, tapi dia mula bertindak agresif apabila memeluk semua
anaknya sambil menjerit dan meminta agar tidak memisahkan mereka,” katanya.
Dia berkata, selepas dihantar ke wad psikiatri di Hospital Sultanah Nora
Ismail (HSNI) Batu Pahat, doktor mengesahkan suaminya mengalami kemurungan
melampau dan perlu mendapat rawatan.
“Saya sebagai suri rumah memang tiada sumber pendapatan dan keadaan kesihatan
suami pula tidak menentu bergantung pada keadaan emosinya,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- 1 tan pisang terpaksa dibuang, modal RM35k hangus begitu sahajaV
- Moratorium: Kami sudah nak mati – Ameer Mydin
- Jika satu Cina gulung tikar, Melayu pula 10
- Sektor kredit komuniti, pemberi pinjam wang dibenar operasi – KPKT
- Bot uzur jadi tempat tidur lima beranak
Join our Telegram Channel