Azmin boleh bodohkan diri sendiri tapi jangan tipu rakyat – Najib



Saya tengok ada juga penyokong sebelah sana yang termakan dengan naratif "Lockdown berjaya sebab kes Covid tak sampai 13k".

Naratif ini bukan sahaja memperbodohkan diri sendiri tetapi ianya menipu dan mempermainkan Rakyat.

Matlamat Lockdown bukan "kita berjaya sebab kes baharu tak capai 13k." atau "kita berjaya sebab kes baharu tak capai 30k"


Lagipun, angka 13k ini adalah unjuran graf KKM yang telah dinaikkan TIGA kali dalam masa sebulan dari 3k ke 5k ke 9k dan akhirnya ke 13k.

Sebab itu kita perlu kembali kepada matlamat asas dan tujuan kenapa kita terpaksa buat lockdown:

1. Untuk legakan penggunaaan ICU yang telah melepasi kapasiti.

2. Untuk putuskan rantaian Covid supaya Rakyat boleh bebas dan kembali mencari rezeki.

Kedua-dua matlamat asas itu tetap gagal dan jauh dari tercapai walaupun sudah 46 hari PKP 3.0 dan 24 hari Total Lockdown dilaksanakan.


Adakah angka 5,841 kes baharu hari ini atau jumlah kematian 83 orang semalam merupakan satu angka rendah yang mencapai kedua-dua matlamat asas lockdown?

Jadi, apa sebenarnya pencapaian dan hasil dari pengorbanan 46 hari frontliners dan Rakyat ini?

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Faham?

– Najib Razak


ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram