PANAS: Pengumuman penting, PM cirit



Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital setelah mengalami cirit-birit sejak semalam.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan ringkas pagi ini.


"Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri telah mengalami diarea sejak semalam.

"Sehubungan itu beliau telah didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan," kata kenyataan tersebut.

Pada bulan Mei tahun lalu timbul spekulasi bahawa Muhyiddin mendapatkan rawatan barah di Singapura.

Bagaimanapun, pejabat perdana menteri menafikan perkara itu.


Pada 2018, Muhyiddin dilapor menjalani pembedahan di Singapura untuk merawat barah pankreas.

Muhyiddin menjelaskan mengenai tahap kesihatannya tahun lalu dengan mengatakan dia masih boleh menjalankan tugasnya dengan baik.

"Alhamdulillah, setakat ini saya mampu menjalankan tugas dan tak terganggu sebab pernah menghadapi masalah sebegitu," katanya. – MKini







Join our Telegram Channel
Telegram