#PMCirit #KerajaanCirit trending, media antarabangsa pikap berita PM cirit



Malaysia sekarang muncul menjadi tumpuan media antarabangsa bukan disebabkan kejayaan mengurus pandemik Covid-19 sebaliknya hal berkaitan kesihatan Perdana Menteri.

Rata-rata agensi berita dunia melaporkan berkenaan penyakit cirit-birit yang dialami Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sejak semalam.

Agensi berita Reuters melaporkan kenyataan Pejabat Perdana Menteri bagaimanapun tidak memberikan perincian lebih lanjut berkenaan Mahiaddin yang dimasukkan ke hospital pagi tadi.

The Straits Times turut melaporkan Mahiaddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah didiagnosis menghidap kanser pankreas pada 2018.


“Dia dinyatakan bebas kanser pada bulan Jun tahun lalu, menurut pernyataan sebelumnya dari pejabatnya,” lapor agensi berita itu.

Situasi kesihatan Muhyiddin juga dilaporkan oleh media lain seperti The Edge Markets dan The Times of India.

Ekoran itu, gambar beliau memegang poster “Saya telah CIRIT” dibuat oleh netizen dan disebarkan. (Gambar atas)

Dalam masa sama, tanda pagar #KerajaanCirit dan #PMCirit sohor kini (trending) hari ini.

Setakat 2.40 petang ini, sejumlah 10,400 ciapan telah menggunakan tanda pagar #PMCirit.


Sementara itu, aktivis prolifik, Fahmi Reza antara yang pantas tampil berkongsikan lakaran berbaur sindirannya menerusi akaun Facebook beliau.

Pereka grafik dengan nama sebenarnya Fahmi Reza Mohd Zarin itu menjadikan paparan muka kenyataan media Pejabat Perdana Menteri sebagai subjek utama karyanya kali ini.

Untuk rekod, diarea atau cirit-birit antara gejala keracunan yang berkaitan dengan jangkitan kuman pada usus iaitu gastroenteritis.

Jangkitan itu disebabkan sejenis organisma dikenali sebagai bacteria Escherichia coli (e.coli 0157). – MDL






Join our Telegram Channel
Telegram