PUTRAJAYA – Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menerima rawatan ekoran jangkitan pada sistem penghadaman selepas dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara pada 30 Jun lalu.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri hari ini memaklumkan beliau masih berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.
Kenyataan itu bagaimanapun berkata, tiada bukti yang menunjukkan masalah tumor lama berulang.
“Beliau berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih serta dibenarkan bertugas sambil menerima rawatan.
“Beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi,” katanya hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Pengumuman penting, PM cirit
- #PMCirit #KerajaanCirit trending, media antarabangsa pikap berita PM cirit
- #PMCirit tanda pucuk pimpinan bakal bertukar semakin hampir, sumber dari kakitangan kanan kerajaan
- PM masih dirawat, jangka keluar beberapa hari lagi
Join our Telegram Channel