PETALING JAYA: “Umumkan pendapatan dan mengaku kesalahan, maka saya bagi
bantuan guaman percuma untuk memohon pengurangan hukuman di mahkamah.”
Itu tawaran personaliti media sosial yang juga pemilik akaun Facebook Ulasan
Apek Cina atau nama sebenarnya, Zee How Tai kepada pekebun-pekebun haram
durian Musang King dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub, Pahang
yang kini berdepan tindakan mahkamah.
Dalam hantaran video terbaharunya, How Tai yang juga seorang pengamal
undang-undang membuat tawaran itu selepas menjawab persoalan dibangkitkan
penyokong pekebun haram di Raub berhubung isu penguatkuasaan memusnahkan
kebun haram durian Musang King dalam HSK tersebut.
Ia melibatkan persoalan mengenai dakwaan Kerajaan Negeri Pahang mengingkari
perintah mahkamah, status pekebun apakah mereka benar-benar peserta Rancangan
Buku Hijau 1974, dia mewujudkan konflik perkauman dan penebangan pokok durian
kebelakangan ini adalah untuk syarikat swasta.
Menurut How Tai, sehingga kini, tiada pekebun haram yang berani mengumumkan
jumlah pendapatan mereka sepanjang 10 hingga 20 tahun menjalankan aktiviti
tersebut.
“Cadangan penyelesaian daripada saya. Pekebun haram yang betul -betul
mengalami kesusahan dengan jumlah pendapatan yang rendah daripada aktiviti
haram ini, tidak boleh menyara diri, Apek Cina bagi offer (tawaran).
“Satu, umumkan pendapatan anda. Dua, mengaku kesalahan anda, maka saya bagi
bantuan guaman percuma untuk memohon pengurangan hukuman di mahkamah dan
kongsikan keadaan anda di page saya agar ramai boleh nampak dan bantu,”
katanya di hujung video berdurasi 10 minit itu.
Hanya dalam selepas tujuh jam dimuat naik, video itu mendapat 360 perkongsian.
How Tai berkata, dia tidak akan membenarkan mereka yang kaya-raya tetapi
enggan mengumumkan pendapatan daripada sumber yang haram sekadar untuk meraih
simpati dan keuntungan politik.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Akhirnya tokey durian haram sedar negara ini ada Raja, sindir Shahaniza
- MB Pahang tetap mahu pekebun durian haram ‘kosongkan’ tanah
- KURANG AJAR: Pekebun durian haram sound polis bangsat
- Lihatlah berapa kurang ajarnya MP DAP Ronnie Liu terhadap pihak polis (3 video)
- Pekebun durian haram roboh 4 jambatan elak operasi musnah pokok Musang King
- Pekebun durian haram insaf, rayu operasi tebang ditangguh
- Sampai sekarang, tiada pekebun haram durian berani umum pendapatan – Apek Cina
Join our Telegram Channel