Kenyataan Muhyiddin tiada kredibiliti, kata Najib



Ada pihak mahu saya campur urusan mahkamah - Muhyiddin.

Tapi.

Dia juga yang kata ordinan-ordinan darurat sudah batal sejak 21 Julai (rupanya tidak).

Dia yang kata pembatalan ordinan-ordinan darurat tidak perlu perkenaan YDP Agong lalu U-turn semalam.

Dia yang jamin bahawa tiada lagi PKP menyeluruh bagi seluruh negara. Lalu dibuat PKP 3.0, total lockdown dan PPN.

Dia juga yang kata tahun 2021 lebih bersinar. Tapi kita menderita berpanjangan.


Dia yang jamin PRU sebaik sahaja darurat tamat sebab darurat mampu kawal Covid.

Dia yang kata darurat amat diperlukan untuk melawan Covid dan bukan untuk kepentingan politik tapi Covid jadi 10 kali lebih teruk.

Dia juga yang pernah kata parti PAS adalah parti ajaran sesat yang bawa fatwa songsang.

Dia yang kata keadaan Covid adalah terkawal dan jamin kerajaan akan berjaya bendung Covid.

Dia yang jamin bahawa pertumbuhan ekonomi tahun 2021 akan capai 7% tapi kini sudah dipotong separuh dan Rakyat masih menderita selepas 2 bulan 24 hari dikurung sejak PKP 3.0 bermula.

Dia juga yang turun jalan raya untuk bantah GST kononnya ianya tidak baik untuk Rakyat dan negara tetapi Menteri Kewangan dia pula kata ianya pembatalan GST adalah satu kesilapan besar dan perlu dikembalikan.


Dia khianat PM5.
Dia khianat PM6.
Dia khianat PM7.
Dia khianat PH.

Kerajaan dia tipu parlimen.

Dia derhaka pada YDP Agong dan Raja-raja Melayu.

Jadi, nak percaya statement dia yang mana?

Dah terbukti pun bahawa mereka yang mahu kes digugurkan sedangkan cara terbaik untuk gugurkan ialah dengan membodek dan bukan melawan dia.

Boleh tanya Xavier, Menteri kanan tak HD, Tok Pa dan lain-lain.

Lagipun, nama seseorang tidak dapat dibersihkan sepenuhnya sekiranya kes digugurkan begitu sahaja. 

Perlu melalui proses perbicaraan penuh dan telus supaya kebenaran-kebenaran boleh muncul.


Seperti kebenaran-kebenaran yang sudahpun terbukti dalam perbicaraan mahkamah saya bahawa dana yang sering disebut RM2.6b itu sudah dipulangkan kepada penghantar 4 bulan selepas diterima, bahawa saya terima RM642 juta terus dari akaun bank kementerian kewangan Arab Saudi dan disedekahkan sepenuhnya, bahawa wang RM42 juta berkait SRC juga disedekahkan sepenuhnya - bukan untuk kegunaan peribadi dan fakta bahawa RM114 juta yang dirampas dari saya adalah dana PRU14  UMNO dan bukan dana dari sumber 1MDB atau sumber haram.

Berani kerana benar. Itu pendirian saya.

Dia perlu faham bahawa keputusan untuk tarik sokongan dari kerajaan PN sudahpun diputuskan oleh MKT UMNO yang berpuluh orang ahlinya serta pendirian akar umbi di PAU bahawa kita tidak mahu berpakat dengan parti dia. 

Ianya bukan keputusan saya seorang diri dengan rakan-rakan sahaja.

Bagi peribadi saya, keputusan tidak lagi sokong dia yang merupakan pengerusi MKN ialah sebab saya tak boleh maafkan kesilapan demi kesilapan terlalu jelas bagi dasar dan langkah kawal Covid langsung tidak masuk akal yang diulang-ulang sehingga ramai nyawa terkorban dan negara menjadi antara paling parah dilanda Covid dalam dunia.


Negara tak jadi paling parah dalam dunia tanpa sebab atau tanpa kesilapan kerajaan yang amat besar.

Sehingga Malaysia menjadi satu-satunya sahaja negara dalam dunia yang isytihar darurat untuk gantung parlimen tetapi Covid menjadi 10 kali ganda lebih teruk dan pasaran saham kita jadi kedua paling corot dalam dunia di belakang Venezuela.

Sehingga Malaysia menjadi satu-satunya negara sahaja dalam dunia yang makin lama lockdown, makin tinggi kes Covidnya.

Itupun belum cukup bagi mereka.

Lagi mahu menipu dalam parlimen serta derhaka pada YDP Agong dan Raja-Raja Melayu.

Kenapa pula saya nak sokong lagi mereka yang gagal tahap world-class sehingga terlalu ramai nyawa terkorban?

Kenapa pula saya nak sokong mereka yang jelas derhaka pada Raja-Raja Melayu?

– Najib Razak


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram