KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri UMNO agar meletak jawatan masing-masing sebagai menghormati dan patuh kepada keputusan parti.
Memetik laporan Utusan Online, Zahid berkata, Menteri dan timbalan menteri daripada UMNO sepatutnya meletak jawatan daripada Kabinet di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai mentaati keputusan dibuat parti itu.
Senada dengan Ahmad Zahid adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berkata, menteri dan timbalan menteri daripada UMNO sewajarnya meletak jawatan.
“Tndakan tersebut selaras dengan keputusan parti yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.
“Terserah kepada mereka. Kalau patuh pada parti, sila letak jawatan seperti yang dibuat Shamsul (Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah), “ katanya ketika dihubungi Utusan semalam.
Kelmarin, UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak mempertahan Kerajaan PN.
Berikutan ketetapan itu, Shamsul Anuar yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Ketika ini, seramai lapan menteri UMNO dan lima timbalan menteri dalam Kabinet Kerajaan PN. Mereka ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Timbalan Perdana Menteri); Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan); Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi); Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan); Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Luar); Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ); Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara) dan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan).
Lima timbalan menteri dari UMNO pula ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri); Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri); Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia); Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan) dan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar).
Sementara itu, dalam satu kenyataan lewat petang semalam, Ahmad Zahid berkata, UMNO sudah mempersembahkan Surat Akuan tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung penarikan sokongan terhadap kerajaan PN.
Katanya, surat akuan adalah lanjutan warkah terdahulu yang melampirkan lapan Surat Akuan ahli-ahli Parlimen UMNO kepada Seri Paduka pada 30 Julai lalu.
Katanya, warkah itu sudah cukup untuk menunjukkan kepemimpinan Muhyiddin sudah hilang majoriti.
Ujarnya, kenyataan Perdana Menteri dalam perutusan khasnya mendakwa kerajaan masih mempunyai majoriti adalah tidak benar sedangkan sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai 114 ahli Parlimen yang menyokong.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Setia dengan UMNO, Menteri tenaga letak jawatan
- UMNO berpihak kepada Agong, tarik sokongan kepada Mahiaddin, Kerajaan PN
- Sekurang-kurangnya 10 MP di belakang Zahid: Muhyiddin kini hilang majoriti
- PAS akan adakan mesyuarat tergempar
- Akan ada lagi menteri UMNO letak jawatan – Ahmad Maslan
- Noraini dijangka ikuti jejak Shamsul, lepas jawatan kabinet
- Muhyiddin masih kekal PM ada 115 sokongan
- TPM, menteri kanan berkumpul di rumah Muhyiddin
- TERKINI: 14 MP UMNO telah tarik sokongan kepada PN, kata sumber
- Harap jumpa Agong esok letak jawatan, jangan bubar Parlimen pulak, Puad nasihat PM
- Ismail Sabri bertemu sekumpulan MP UMNO
- Hanya dua tiga orang letak jawatan, itu pun belum ‘confirm’
- PM tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
- Muhyiddin akan buat pengumuman khas
- Muhyiddin tegas tak nak letak jawatan, dakwa masih ada sokongan, akan buat undi percaya di Parlimen
- PANAS: Ini respon Najib terhadap perutusan khas Mahiaddin
- Khaled Nordin letak jawatan esok
- TPM dijangka umum perkara ‘penting’ petang ini, kata sumber
- Mahdzir Khalid Menteri Tenaga dan Sumber Asli baharu?
- Najib: Kalau nak gugur kes baik bodek Mahiaddin, bukan lawan
- Senator PAS ucap selamat jalan kepada 'kluster mahkamah'
- PM ada majoriti, macam tak masuk akal – Isham
- Zahid hantar surat akuan tambahan pada Agong, Mahiaddin sah hilang majoriti
- Menteri, timb menteri UMNO perlu letak jawatan jika patuh pada parti – Zahid
Join our Telegram Channel