PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pagi ini.
Bernama TV melaporkan kenderaan yang membawa perdana menteri dilihat memasuki Pintu 1, Istana Negara pada pukul 10:53 pagi tadi.
Terdahulu, kenderaan yang membawa Peguam Negara, Idrus Harun juga dilihat memasuki Pintu 2, Istana Negara pada 9.30 pagi tadi.
Kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri dipersoalkan apabila Umno semalam membuat ketetapan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.
Keabsahan pentadbiran Muhyiddin juga menjadi tanda tanya apabila Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Nasarah meletak jawatan serta-merta.
Pergolakan politik tanah air terus memuncak apabila sekurang-kurangnya 11 Ahli Parlimen Umno difahamkan menghantar akuan menarik sokongan terhadap perdana menteri untuk diserah kepada Yang di-Pertuan Agong.
Petugas media mula berkumpul di beberapa lokasi di sekitar ibu negara termasuk Istana Negara dan kediaman Muhyiddin sejak awal pagi tadi, selain pintu masuk utama bangunan Pejabat Perdana Menteri bagi meninjau lebih dekat perkembangan terkini politik tanah air. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Setia dengan UMNO, Menteri tenaga letak jawatan
- UMNO berpihak kepada Agong, tarik sokongan kepada Mahiaddin, Kerajaan PN
- Sekurang-kurangnya 10 MP di belakang Zahid: Muhyiddin kini hilang majoriti
- PAS akan adakan mesyuarat tergempar
- Akan ada lagi menteri UMNO letak jawatan – Ahmad Maslan
- Noraini dijangka ikuti jejak Shamsul, lepas jawatan kabinet
- Muhyiddin masih kekal PM ada 115 sokongan
- TPM, menteri kanan berkumpul di rumah Muhyiddin
- TERKINI: 14 MP UMNO telah tarik sokongan kepada PN, kata sumber
- Harap jumpa Agong esok letak jawatan, jangan bubar Parlimen pulak, Puad nasihat PM
- Ismail Sabri bertemu sekumpulan MP UMNO
- Hanya dua tiga orang letak jawatan, itu pun belum ‘confirm’
- PM tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Join our Telegram Channel