PANAS: Ini respon Najib terhadap perutusan khas Mahiaddin



Dia kata YDP Agong minta dia buktikan ada sokongan majoriti.

Dia kata YDP Agong titah hanya 8 orang ahli parlimen UMNO yang tarik sokongan terhadap dia.
Ingat. Dia kata 8 sahaja.

Dia kata dia percaya bahawa dia masih ada sokongan majoriti.


Tapi dia berjanji pada YDP Agong akan usulkan undi percaya terhadap dia pada sesi parlimen bulan September.

Kenapa pula bukan sekarang memandangkan kita baru masuk bulan Ogos?

Sebab Covid masih serang parlimen ke? Tapi saya tengok mereka yang kononnya terdedah pada Covid dalam parlimen sudah bebas ke sini dan ke sana - siap meeting tiap-tiap malam di rumah.


Akhirnya dia salahkan dan menipu bahawa mereka yang tarik sokongan terhadap dia adalah mereka yang mahu kes digugurkan sedangkan cara terbaik untuk gugurkan ialah dengan membodek dan bukan melawan dia.

Boleh tanya Xavier, Menteri kanan tak HD, Tok Pa dan lain-lain.

– Najib Razak 

 

Please subscribe


ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram