Ramai kata DS Zahid Hamidi cuba ponteng kes mahkamah beliau yang sepatutnya didengar hari ini di Mahkamah Tingggi KL.
Faktanya, DS Zahid telah dimasukkan ke hospital pada hari Ahad lagi akibat terjatuh dan tulang belakang (spine) beliau mengalami kecederaan. Cuma pada hari ini, jam 8:30 pagi beliau menjalani pembedahan.
Dalam usia sebegini, kecederaan tulang belakang bukanlah perkara remeh yang boleh dibuat main.
Hakim telah pun mengeluarkan sapina pada doktor yang merawat beliau untuk memberi keterangan esok mengenai status DS Zahid.
Sebagai orang Islam, sama samalah kita mendoakan kesejahteraan DS Zahid kembali pulih seperti sediakala. Justeru, hentikanlah fitnah dan perli memerli bila mendengar berita tentang saudara seagama kita yang sakit.
Syafakallah Tuan Presiden. La Ba'sa tahurun in sha Allah. Come back stronger Sir.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel