PANAS: Bersatu Bemban pecah dua selepas Azmi Kamis tak dicalonkan

Kiri Azmi Kamis, kanan Dr. Mohd Yadzil Yaakub.


Jika sebelum ini tular 9 PDM BN Bemban tutup gara-gara MCA dicalonkan bertanding di kawasan itu, terkini Bersatu Bemban pula dikatakan telah pecah kepada dua kumpulan sejurus selepas pencalonan diumumkan oleh parti itu.

Ini berikutan kerana ahli Bersatu tidak berpuas hati calon 'lama' di kawasan tersebut tidak dicalonkan sebagai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada kali ini.

Menurut sumber, calon 'lama' iaitu Azmi Kamis adalah merupakan individu yang bertanggungjawab membawa dan membuka cawangan pertama Bersatu di Bemban.


Beliau juga merupakan antara individu yang bertanggungjawab menjatuhkan Barisan Nasional di Dun Bemban hingga dimenangi oleh parti DAP pada PRU 14 yang lalu.

Sebelum ini Beratu telah mengumumkan Dr Mohd Yadzil Yaakub sebagai calon yang bertanding di Bemban.

Menurut sumber lagi, Dr Mohd Yadzil merupakan orang 'baru' di kawasan Bemban dan kumpulan yang menyokong Azmi Kamis mempersoalkan janji untuk mencalonkan Azmi serta mempersoalkan kewajaran melantik Mohd Yadzil sebagai calon PRN di Bemban.

Bagaimanapun Azmi Kamis dilihat telah menghantar borang pencalonan dan sudah pun dinamakan sebagai calon bertanding di kerusi bebas.


Penduduk di Bemban akan dipertontonkan perlawanan lima penjuru di antara BN-MCA (Koh Chin Han), PH-DAP (Tey Kok Kiew), PN-Bersatu (Mohd Yadzil Yaakub) serta dua kerusi bebas Azmi Kamis dan Ng Choon Koon).

Kerusi sebelum ini disandang oleh Dr Wong Fort Pin (DAP) dengan majoriti 1,345 undi mengalahkan calon dari MCA, iaitu calon yang sama yang bertanding pada kali ini Koh Chin Han. – Cinca














Join our Telegram Channel
Telegram