GEMPAR: Khairuddin Aman Razali umum keluar PAS



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan berhenti menjadi ahli Pas berkuat kuasa Isnin.

Mohd Khairuddin berkata, tindakannya itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika bertemu di bangunan Parlimen jam 2.30 petang.


“Merujuk kepada Perlembagaan Pas Fasal 15 (1)(a) Keberhentian Ahli dengan permintaan sendiri dan (2) seseorang ahli bolehlah memaklumkan keberhentiannya daripada menjadi ahli dengan bersurat kepada Setiausaha Agung, maka saya pemegang nombor keahlian Pas 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pas atas peluang menjadi ahli sejak 1989 selama 33 tahun dan seterusnya menjawat pelbagai jawatan kepimpinan sejak 1999 daripada AJK, pimpinan negeri, Dewan Ulamak Negeri dan Pusat, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Majlis Syura Ulamak dengan jawatan tertinggi dan terakhir sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulamak sehingga 2022,” katanya. – Sinar






Join our Telegram Channel
Telegram