Banyak pendapat membolehkan tokoh hadir acara maksiat – Mufti Wilayah



PUTRAJAYA: Tindakan pemimpin tertentu menghadiri sesuatu majlis keramaian yang ada di dalamnya jelas mengandungi acara berunsur maksiat adalah dibolehkan dari segi syarak.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), ada pendapat ulama Iraq bermazhab Syafie yang mengharuskan dengan syarat memungkiri kemungkaran tersebut di dalam hatinya.

“Keharusan ini atas alasan, kehadiran itu menyebabkan penganjur berasa malu dan bertindak segera menghentikan atau mengurangkan elemen mungkar dalam acara tersebut,” jelasnya.


Pencerahan itu disiarkan menerusi laman sesawang rasmi PMWP menerusi pautan Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-240 mengenai hukum menghadiri majlis keraian yang mempunyai acara maksiat.


Kehadiran beliau mengundang kecaman warganet sebagai amat mengaibkan setelah muncul dalam video yang menyindir seorang tokoh kerana konon tidak malu didakwa di mahkamah.

Ramai pengguna media sosial turut memerli pemimpin berkenaan sebagai tidak tahu malu tetapi cuba pula mengajar orang lain mengenai sifat malu sedangkan dirinya sendiri lebih teruk.


Mengulas lanjut, PMWP menjelaskan, secara am lebih baik elak menghadiri acara sedemikian berdasarkan dalil masyhur daripada hadis Rasulullah SAW sendiri yang tegas melarangnya.

“Malah pandangan ini disokong kuat ramai ulama muktabar termasuk Syeikh al-Allamah Jaad al-Haq Ali dan Imam Abu Jaafar al-Thabari selain tokoh Mazhab Hambali,” kata agensi itu lagi.

Bagaimanapun ada pendapat yang mengharuskan hadir antaranya dari Imam al-Hassan Basri yang merumuskan kemaksiatan acara berkenaan tidak menghalang ketaatan kepada Allah. – Utusan


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram