Kerajaan setuju pengeluaran KWSP RM10,000



PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pihak kerajaan telah bersetuju membenarkan pengeluaran khas simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000.

Menurut Ismail Sabri, perkara itu diputuskan selepas mengambil maklum keluhan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.


“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti dari semua pihak mengenai pengeluaran caruman KWSP.

“Saya merayu kepada semua pencarum agar mengekalkan simpanan kecuali keadaan benar-benar mendesak,” katanya ketika berucap di sidang media khas hari ini. – Kosmo




ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram