Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mempertahankan kenyataan sekutunya Abdul Hadi Awang berkaitan “kurangnya kesedaran politik Islam di Johor”.
Bercakap kepada pemberita di Muar pagi ini, Muhyiddin berkata kenyataan itu mungkin disalah petik atau disalah tafsir.
“Saya tak pasti apa yang dimaksudkan Mr Hadi. Dia rakan saya dalam PN.
“Mungkin dia salah lapor agaknya,” kata bekas perdana menteri.
Hadi pada Isnin dilaporkan berkata kegagalan PAS di Johor kerana kurangnya kesedaran politik Islam di negeri itu berbanding Kelantan dan Terengganu, di mana PAS memimpin.
Kenyataan itu dibidas pemimpin Umno.
Terbaru veteran Umno berkata rata-rata rakyat Johor diajar secara rasmi asas Islam daripada kanak-kanak dengan budaya sekolah agama.
Ketika ditemui dalam acara kementerian wanita di Muar, Muhyiddin berkata, setiap rakyat Melayu di Johor ada asas agama serta boleh menilai baik buruk dan halal haram sesuatu perkara.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Muhyiddin, pemimpin PN hadir acara tarian separuh bogel undang tanda tanya
- KECOH: Hamzah Zainudin salah masuk dewan kempen BN
- Banyak pendapat membolehkan tokoh hadir acara maksiat – Mufti Wilayah
- Allah turunkan Muhyiddin di bumi Malaysia – Azmin
- Acara tarian separuh bogel dihadiri Muhyiddin, pemimpin PN menjejaskan imej PAS
- Tuan Ibrahim mengelak jawab isu PAS lupakan hudud dibangkitkan Muhyiddin
- Rakyat Johor jahil, kurang kesedaran politik Islam – Hadi
- Bukan semua kena pakai serban macam Hadi, Shahrir jawab tuduhan Johor kurang kesedaran politik Islam
- Johor ada sistem penddikan Islam yang baik, Muhyiddin sangkal dakwaan Hadi
Join our Telegram Channel