PETALING JAYA: Tindakan seorang wanita membuat laporan palsu kononnya disamun dan dirogol secara bergilir lima lelaki Afrika mengundang padah apabila dia bakal dihadapkan ke mahkamah akibat penipuannya itu.
Perbuatan wanita warga asing berusia 20 tahun itu terbongkar selepas siasatan dijalankan pegawai penyiasat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, wanita itu pada mulanya membuat laporan polis pada 7.30 petang pada Februari lalu.
Menurut beliau, dia mendakwa disamun dan dirogol semasa berada di tepi jalan SP5/4 Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan.
“Lima lelaki warga Afrika dikatakan mengambil barang milik pengadu dan merogolnya secara bergilir-gilir.
“Atas maklumat kejadian itu, polis menjalankan siasatan tetapi hasil laporan doktor perubatan menunjukkan tiada kesan rogol terhadap pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Anbalagan berkata, pengadu turut dibawa ke lokasi dan dia gagal menunjukkan tempat dan bagaimana kejadian berlaku selain tidak dapat mengecam wajah kesemua suspek yang dikatakan terbabit.
“Siasatan lanjut dilakukan mendapati terdapat keraguan terhadap laporan polis yang dibuat.
“Pada peringkat awal siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Namun selepas kertas siasatan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya (TPR), pengadu akan didakwa mengikut Seksyen 182 kanun sama kerana membuat laporan palsu,” katanya.
Jelasnya, wanita itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, esok.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Isteri kantoi bawa masuk lelaki lain depan mata suami
- Lelaki 53 tahun peluk, gesel kemaluan kanak-kanak ditahan
- 9 dari 10 remaja perempuan ketagih seks, tawar serendah RM50
- Bulu dada lebat tanda nafsu seks tinggi
- Rogol anak kandung, rodok kemaluan isteri dengan botol, objek keras
- Bomoh rogol bakal pengantin umur 23
- 4 abang rogol adik ditahan polis
- Direman 14 hari akibat tepuk punggung janda
- Dipenjara 7 bulan kerana gigit isteri
- Punya cilake perangai, siap kemam seluar dalam saiz triple XXL pon boleh pacuceng
- Pelajar 16 tahun mengandung dirogol sepupu masuk pintu depan tak berkunci
- Akibat tahan kentut, wanita cantik ini terpaksa masuk hospital
- Wanita buat laporan palsu disamun, dirogol 5 lelaki Afrika
Join our Telegram Channel