SPRM tak siasat suami Zeti dakwaan berkaitan 1MDB, kata Azam



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat Tawfiq Ayman, iaitu suami kepada bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz, berkenaan dakwaan kaitan dengan skandal 1MDB.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Azam berkata, ini kerana suruhanjaya hanya diberi tanggungjawab mendapatkan semula dana 1MDB dari Singapura.


Azam bagaimanapun mengambil maklum yang Tawfiq dalam siasatan polis.

“Dalam siasatan melibatkan kes 1MDB ini, pasukan petugas antaranya melibatkan polis dan SPRM (telah diwujudkan). Untuk Tawfiq, tugas yang diberi kepada SPRM adalah untuk mendapatkan semula wang (1MDB) dari Singapura.

“Polis (yang) jalankan siasatan (terhadap Tawfiq). Saya rasa kertas siasatan mereka masih dibuat (dalam proses), polis akan kemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) apabila ia siap,” katanya. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram