Yasin Sulaiman kirim salam kepada Syed Saddiq, bakal didakwa tanam ganja dalam rumah



KIRIM salam kepada Syed Saddiq. Demikian pesanan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman kepada wartawan ketika tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi Khamis.

Yassin adalah individu yang ditahan kerana mengusahakan ‘ladang mini’ tanaman ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu. 


Penyanyi dan komposer itu akan didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya.

“Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” kata Yasin kepada pihak media.

Minggu lalu, kegiatan penyanyi nasyid yang juga komposer muzik menanam pokok ganja terbongkar selepas kediamannya diserbu polis.


Dalam serbuan pada 5.30 petang, polis menemukan 17 pokok dalam pasu disyaki ganja di bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.

Polis turut menemukan dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan. – Mstar



Please subscribe


Please subscribe



ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram