DATUK Seri Najib Razak menunjukkan bukti kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa
bekas Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) itu pernah meminta Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi membubarkan Umno.
Dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini, Najib menjawab laporan berita
yang mana Mahathir meminta bukti daripada Ahmad Zahid bahawa dia ada meminta
supaya Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berbuat demikian.
“Mana bukti saya suruh bubar Umno, Dr M soal Zahid hari ini.
“Uhmmm. Ini buktinya,” tulis Najib yang juga bekas Perdana Menteri dalam satu
hantaran di Facebooknya hari ini.
Najib turut memuat naik dua artikel termasuk membabitkan kenyataan Mahathir
yang meminta Ahmad Zahid membubarkan Umno.
“Mahathir mudah lupa,” tambah Najib lagi.
Terdahulu Astro Awani melaporkan Mahathir mencabar Ahmad Zahid untuk
mengemukakan bukti berhubung dakwaan yang mengatakan bekas Perdana Menteri itu
memintanya untuk membubarkan Umno.
Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno
sentiasa ‘membuka’ bermacam-macam cerita termasuk berkait dengan dirinya namun
tiada sebarang bukti didedahkan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel