Mana bukti saya suruh bubar Umno, Dr M soal Zahid



PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad meminta Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu meminta Umno dibubarkan.

Mahathir berkata, ahli Parlimen Bagan Datuk itu sering mengeluarkan pelbagai dakwaan, tetapi tidak dapat memberikan sebarang bukti bagi mengukuhkan dakwaan terbabit.


“Apa bukti dia (Zahid) yang kata saya macam itu (meminta membubarkan Umno)?

“Dia boleh cerita macam-macam, benda kita cakap kena tunjuk bukti, sepatutnya kita bercakap macam itu,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Selasa lalu, Zahid ketika prosiding bela diri di Mahkamah Tinggi membuat kenyataan mendakwa Mahathir, yang juga ahli Parlimen Langkawi, memintanya membubarkan Umno kerana mendapati parti itu tiada masa depan dan tidak lagi boleh dipercayai.


Zahid berkata, pertemuannya dengan Mahathir dibuat selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan bekas perdana menteri dua kali itu turut meminta semua ahli Umno menyertai Bersatu. – FMT


Dah tua, nyanyuk barangkali.



Join our Telegram Channel
Telegram