"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan"
Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut.
“Malahan pada tarikh tertentu yang dinyatakan oleh saksi kononnya saya telah menerima sogokon wang tunai, saya sebenarnya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di luar negara.
“Adalah mustahil bagi saya menerima sebarang sogokan wang tunai daripada sesiapa dalam keadaan itu. Dakwaan tersebut ternyata tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Benar?
"Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerima sumbangan wang tunai RM300,000 pada 4 Jun 2018; RM500,000 (4 Julai 2018) dan RM500,000 (23 Ogos 2018) berdasarkan buku lejar syarikat itu." Rujuk di sini.
4 June 2018 Didakwa terima RM300k. Muhyiddin lawat Bukit Aman. Rujuk di sini.
4 Julai 2018 Didakwa terima RM500k. Muhyiddin belum jalani pembedahan.
12 Julai 2018 Muhyiddin selamat jalani pembedahan. Rujuk di sini.
7 Ogos 2018 Muhyiddin keluar hospital. Rujuk di sini.
14 Ogos 2018: Muhyiddin angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh di Dewan Rakyat. Rujuk di sini.
– Najib Razak
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Saksi dedah, UKSB beri wang tunai RM1.3 juta kepada Muhyiddin
- Dakwaan terima RM1.3 juta, dakwa Muhyiddin, biar dia nafi di mahkamah, bukan di media – Razlan
- Muhyiddin nafi terima RM1.3 juta, Najib tanya betul ke? Tarikhnya tak kena
- Laporan polis dibuat dakwaan Muhyiddin terima RM1.3 juta
- Shahrir: Kenapa SPRM tak siasat Muhyiddin macam Rohana CEO Astro?
- SPRM siasat nama didakwa terima wang dari UKSB termasuk Muhyiddin
- Terima wang UKSB, adakah SPRM tidur? – Guan Eng
- Rasuah RM1.3 juta: Pelik tiada pemimpin Bersatu pertahan Muhyiddin – Najib
- Terima dana UKSB: Siasat juga lantikan PH – Najib
- Dr M juga terima derma politik RM2.6 juta, kata saksi
- Terima RM2.6 juta: Boleh ke sekarang kita panggil Mahathir penyamun? – Najib
- DANA UKSB: Dr M, Muhyiddin akan dipanggil SPRM
Join our Telegram Channel