Hakikat bahawa SPRM hanya sekarang menyiasat kejadian rasuah, seperti yang
disebut oleh seorang saksi dalam perbicaraan membabitkan Presiden Umno, Ahmad
Zahid Hamidi dan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), menunjukkan rombakkan
besar-besaran perlu dibuat terhadap suruhanjaya itu, kata Ahli Parlimen Bagan
Lim Guan Eng.
Dalam satu kenyataan hari ini, pemimpin DAP itu apa yang sangat sangat
mengecewakan adalah saksi yang mendedahkan keterangan mengenai pembayaran yang
dibuat kepada ahli politik tertinggi negara berkenaan adalah saksi SPRM.
“Saksi daripada UKSB telah mendedahkan di mahkamah bahawa dia telah memberikan
wang kepada beberapa menteri dan termasuklah seorang bekas perdana menteri.
“Saksi ini adalah saksi pihak pendakwaan maka saksi juga adalah saksi SPRM
sendiri.
“Bagaimana SPRM boleh berlagak bahawa mereka tidak tahu tentang perkara ini
dan hanya menyatakan akan membuka siasatan selepas perkara ini didedahkan di
mahkamah dan setelah ditekan orang awam,” kata Lim yang juga adalah bekas
menteri kewangan.
Pemimpin DAP itu berkata sekirannya presiden Umno, yang menjadi tertuduh dalam
perbicaraan itu didapati bersalah melakukan rasuah, maka mereka yang lain yang
disebut di mahkamah turut menerima wang daripada UKSB juga adalah bersalah.
Ahmad Zahid Hamidi berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56
juta daripada UKSB supaya kerajaan melanjutkan kontrak kepada syarikat
tersebut.
Kontrak itu adalah untuk mengendalikan Pusat Sehenti di China dan sistem Visa
Luar Negara (sistem VLN), serta mengekalkan perjanjian untuk membekalkan
peralatan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama.
Zahid adalah timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri ketika bayaran
dibuat antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Minggu lalu, bekas pengurus pentadbiran UKSB, David Tan, memberitahu Mahkamah
Tinggi bahawa bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Shafie
Apdal turut menerima dana daripada syarikatnya itu.
Mahkamah juga mendengar keterangan bahawa nama menteri dan timbalan menteri
lain direkodkan dalam lejar pembayaran syarikat, di bawah nama kod.
Mereka termasuk bekas menteri luar negeri Anifah Aman, timbalannya Reezal
Merican, menteri pertahanan semasa Hishammuddin Hussein dan menteri kesihatan
semasa Khairy Jamaluddin.
Muhyiddin dan Anifah menafikan mereka pernah menerima dana daripada UKSB.
'SPRM digunakan sebagai alat politik'
Lim berkata ketiadaan tindakan terhadap mereka yang dinamakan itu menunjukkan
terdapat amalan dua darjat dan pilih kasih oleh SPRM.
“Ini jelas menunjukkan SPRM memang dijadikan senjata politik untuk menfaat
pihak berkuasa.
“Adakah SPRM tidur atau sengaja mahu menutup perkara ini?
“Bagi memulihkan keyakinan terhadap SPRM, perlu ada satu perubahan secara
menyeluruh. Perlu ada rombakan secara besar-besaran dalam SPRM supaya kita
dapat pulihkan keyakinan dan perbaiki kedudukan negara dalam Indeks Persepsi
Rasuah oleh Transparency International,” katanya.
Pada 2021, Malaysia turun lima tangga dalam Indeks Persepsi Rasuah, ke
kedudukan ke-62 daripada 180 negara dari segi keyakinan sektor awam.
Ia mencatakan 48 daripada 100 mata dalam indeks, berbanding 51 pada tahun
sebelumnya.
Skor 100 bermakna sangat bersih, manakala sifar bermakna tinggi amalan
rasuahnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Saksi dedah, UKSB beri wang tunai RM1.3 juta kepada Muhyiddin
- Dakwaan terima RM1.3 juta, dakwa Muhyiddin, biar dia nafi di mahkamah, bukan di media – Razlan
- Muhyiddin nafi terima RM1.3 juta, Najib tanya betul ke? Tarikhnya tak kena
- Laporan polis dibuat dakwaan Muhyiddin terima RM1.3 juta
- Shahrir: Kenapa SPRM tak siasat Muhyiddin macam Rohana CEO Astro?
- SPRM siasat nama didakwa terima wang dari UKSB termasuk Muhyiddin
- Terima wang UKSB, adakah SPRM tidur? – Guan Eng
- Rasuah RM1.3 juta: Pelik tiada pemimpin Bersatu pertahan Muhyiddin – Najib
- Terima dana UKSB: Siasat juga lantikan PH – Najib
- Dr M juga terima derma politik RM2.6 juta, kata saksi
- Terima RM2.6 juta: Boleh ke sekarang kita panggil Mahathir penyamun? – Najib
- DANA UKSB: Dr M, Muhyiddin akan dipanggil SPRM
Join our Telegram Channel