Tular video lelaki bogel tunggang motosikal



PETALING JAYA – Satu rakaman video memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbogel tular di media sosial petang ini.

Bagaimanapun waktu serta di mana lokasi kejadian itu berlaku tidak dapat dipastikan.


Kejadian berkenaan tular di media sosial selepas satu video berdurasi 16 saat yang dirakam seorang pemandu dikongsi di laman sosial Facebook.

Melalui video itu juga, dapat dilihat lelaki tersebut menunggang motosikal di lorong tengah lebuh raya tanpa memakai topi keledar.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan tindakan lelaki itu yang turut dianggap berbahaya.

“Telanjang satu hal, bawa motosikal tengah-tengah jalan dengan tak pakai helmet. Jadi apa-apa nanti pasti susahkan orang lain,” kata Izzat.


“Risau kalau pemandu lain terkejut kemudian panik bila nampak abang ini. Harap polis dapat tangkap,” kata Roslaili.

“Macam-macam perangai orang sekarang ini. Harap polis tangkap, kalau budak-budak nampak satu hal pula ibu bapa nak kena jelaskan,” kata Siti.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 97,000 kali dan dikongsi lebih 1,500 kali di Facebook. – Kosmo


ARTIKEL BERKAITAN:



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram