Lelaki maut jatuh dari tingkat empat Aman Central (12 gambar)



Alor Setar: Seorang lelaki warga emas yang juga pemegang kad rawatan psikiatri ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah pasar raya di Aman Sentral hari ini.

Lelaki berusia 65 tahun itu ditemukan berlumuran darah di ruang legar pasar raya itu akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 10 hingga 10.30 pagi.


Beliau berkata, hasil maklumat awal mendapati pengawal keselamatan pasar raya terbabit ternampak lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan di tingkat empat bangunan itu.

“Pengawal keselamatan terbabit cuba membantu tapi tidak sempat apabila lelaki itu terjun.

“Setakat ini siasatan awal polis menjurus kepada mati mengejut tetapi bergantung pada hasil bedah siasat terhadap mayat berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Superintendan Mohd Naim Asnawi.


Ahmad Shukri berkata, berdasarkan soal siasat terhadap keluarga lelaki itu mempunyai mempunyai kad rawatan psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan baru menjalani rawatan susulan di hospital itu pada Isnin lalu.

“Dia yang tidak berkahwin dikatakan sering datang ke lokasi kejadian seorang diri.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk proses bedah siasat,” katanya. – Hmetro



Join our Telegram Channel
Telegram