KUALA LUMPUR : Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat empat pusat
beli belah Suria KLCC di sini, pada Isnin malam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya, berkata kejadian itu
berlaku jam 9.38 malam.
"Hasil siasatan awal si mati adalah seorang perempuan warga tempatan berumur
23 tahun. Semakan CCTV mendapati si mati berjalan seorang diri di aras empat
(sebelum kejadian)," katanya dalam kenyataan ringkas malam ini.
Dalam pada itu, Suria KLCC Sdn Bhd menerusi satu kenyataan ringkas malam ini
turut mengesahkan kejadian itu.
“Dukacita dimaklumkan pihak pengurusan Suria KLCC mengesahkan seorang individu
maut dalam insiden terbabit,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel