'Hal yang malang, saya dibiar tanpa peguam bela' – Najib



TERJEMAHAN KENYATAN MEDIA DS NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN BERTARIKH 18 OGOS 2022.

Saya ingin merekodkan bantahan saya dalam terma yang paling kuat dalam prosiding rayuan ini hari ini di mana hak saya untuk hidup, kebebasan dan hak untuk pendengaran yang adil dipertaruhkan dan bahawa peguam saya yang telah cuba melepaskan diri mereka kerana mereka tidak mampu atau sanggup mewakili saya  namun masih lagi dipaksa oleh Mahkamah Persekutuan untuk duduk di meja bar atas alasan bahawa saya diwakili.

Tn Hj Hisyam telah beberapa kali menyatakan bahawa beliau tidak bersedia untuk rayuan ini bermakna saya tidak mempunyai peguam yang berkesan atau representasi yang sewajarnya di hadapan mahkamah ini dalam rayuan yang kompleks. Ini kerana beliau baru dilantik kurang sebulan atas sebab-sebab yang akan saya nyatakan di bawah.

Disebabkan ini, Tn Hj Hisyam dan pasukan telah memutuskan untuk melepaskan dirinya dan pasukan daripada mewakili saya di rayuan ini di Mahkamah Persekutuan kerana beliau tidak dapat menyumbang secara bermakna kepada kes saya tanpa Mahkamah Persekutuan memberi penangguhan selama tiga bulan.


Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan mereka berbuat demikian. Dalam keadaan sekarang, adalah tanggungjawab saya untuk menjelaskan keadaan yang membawa kami ke sini.

Peguam saya sebelum ini telah melakukan tugas yang cemerlang sejak empat tahun lalu mewakili saya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan untuk kes ini sebab itu mereka kekal sebagai peguam saya dalam perbicaraan lain yang saya hadapi. Tetapi walaupun ini, saya kalah dalam kedua-dua perbicaraan dan rayuan saya kepada Mahkamah Rayuan.

Dengan latar belakang ini saya merasakan bahawa perspektif baru dalam kes untuk membawa idea baharu adalah wajar dan perlu untuk rayuan terakhir saya di hadapan mahkamah ini. Ini melibatkan kehidupan saya, tidak lebih dari itu.

Rancangan awal saya ialah penglibatan Jonathan Laidlaw Queen Council untuk menyertai Shafee & Co. dan bekerjasama dengan Tan Sri Shafee dan Harvey.

Jonathan datang dengan cadangan tertinggi dan saya yakin dia akan menjadi penyumbangan positif kepada pasukan.


Penemuan bukti yang berkaitan dengan Hakim Nazlan seterusnya memerlukan peguam baharu untuk hadir untuk meneliti dakwaan secara bebas dan mengemukakan di hadapan Mahkamah Yang Mulia ini dalam keadaan yang paling tidak berat sebelah.

Malangnya, Mahkamah Tinggi menolak tawaran Jonathan untuk menjadi peguam saya.

Dengan penolakan Mahkamah Tinggi dan rayuan ini telah ditetapkan, saya tidak boleh menghadapi risiko penolakan Jonathan dikekalkan semasa rayuan menyebabkan saya tiada peguam tambahan yang pada masa ini saya mengambil pandangan adalah penting untuk berhujah secara bebas mengenai isu berkenaan Hakim Nazlan.

Datuk Zaid Ibrahim yang pernah menghubungi saya suatu ketika dahulu menyatakan bahawa beliau boleh membawa masuk kepakaran undang-undang dari India melalui rakan kongsinya dari Singapura Niru Pillai.

Saya kemudiannya diperkenalkan kepada dua peguam kanan dari India, yang pada mulanya menarik perhatian saya dengan idea mereka. Akhirnya, mereka melakukan kerja belakang tabir manakala firma Datuk Zaid memudahkan proses mahkamah. Datuk Zaid dan pasukan datang dengan syarat bahawa penglibatan firmanya diletakkan dalam rekod sebagai peguam cara dan peguam tempatan yang baharu.


Saya juga yakin bahawa ini adalah keputusan yang sesuai selepas diberitahu bahawa rayuan berprofil tinggi lain pada masa lalu telah diberikan penangguhan atas semangat proses yang sewajarnya dan untuk memudahkan representasi yang berkesan bagi orang yang dituduh.

Niat saya bukan untuk menangguhkan proses mahkamah semata-mata tetapi kerana permohonan Jonathan Laidlaw akhirnya ditolak kurang daripada sebulan sebelum tarikh yang dijadualkan - justeru memerlukan penglibatan secara tiba-tiba peguam baru.

Mana-mana pasukan baharu yang membawa idea baharu memerlukan masa. Saya tidak malu untuk mengatakan, saya terdesak, seperti mana-mana pihak yang berperkara dalam kesusahan saya.

Saya kini berada dalam situasi di mana hak saya untuk mendapatkan nasihat dan perbicaraan yang adil adalah khayalan kerana saya membuat keputusan yang saya fikir adalah untuk kepentingan terbaik saya pada masa itu.


Diterjemahkan oleh: Nabeel Naqie





Join our Telegram Channel
Telegram