Khairuddin sah calon BN, Noh Omar sah digugurkan



KENYATAAN MEDIA
PENGUMUMAN CALON BARISAN NASIONAL

Saya telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa Barisan Nasional telah memuktamadkan calon-calon bagi tujuh (7) kawasan Parlimen yang belum diumumkan.

Berikut adalah senarai kawasan dan nama calon yang telah dipersetujui untuk mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15:


P.019 TUMPAT CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI
P.035 KUALA NERUS MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI
P.095 TANJONG KARANG HABIBAH BINTI MOHD YUSOF
P.115 BATU A. KOHILAN PILLAY A/L G. APPU
P.124 BANDAR TUN RAZAK CHEW YIN KEEN
P.127 JEMPOL SHAMSULKAHAR BIN MOHD DELI
P.129 KUALA PILAH ADNAN BIN ABU HASSAN

Daripada tujuh kawasan ini, dua kawasan iaitu Tumpat dan Kuala Nerus menyaksikan, Barisan Nasional menampilkan dua calon secara direct candidate atas sifat keterbukaan dan perpaduan.

Dengan pengumuman ini, ia menjadikan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen adalah sebanyak 178.


Barisan Nasional yakin calon-calon yang dikemukakan dengan pelbagai latar belakang dan kelayakan, In Shah Allah mampu untuk menggalas amanah mewakili kepentingan rakyat apabila dipilih kelak.

Sekian, terima kasih.

BARISAN NASIONAL, DAHULUKAN RAKYAT

DR ZAMBRY ABD KADIR
3 November 2022
(KM/11/2022)





Join our Telegram Channel
Telegram