PETALING. JAYA: MCA menyokong pembentukan kerajaan perpaduan yang dipimpin Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seiring dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, kata setiausaha agungnya Chong Sin Woon.
Chong dalam pada itu turut menyeru semua pihak untuk bersama-sama memainkan peranan bagi menjamin kestabilan menerusi perdamaian politik dan bergerak ke hadapan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi demi kepentingan rakyat serta negara ini.
“Dalam masa sama, MCA akan terus memainkan peranan bagi memastikan kerajaan perpaduan ini memelihara kepelbagaian, kesederhanaan dan membela nasib rakyat majmuk di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Chong berkata, fokus MCA ketika ini adalah melihat secara mendalam keputusan pilihan raya umum ke-15 dan merangka strategi untuk membina semula parti dengan memberi tumpuan kepada dua kerusi Parlimen dan tujuh DUN yang dimenangi serta memperbaiki kelemahan yang ada untuk memenangi semula sokongan pengundi.
ARTIKEL BERKAITAN:
- MCA juga tuntut Zahid letak jawatan
- Cermin diri dulu, Jangan main api, Jangan berlagak kalau hanya berani tanding kawasan Melayu, MCA dikecam pemimpin Umno
- MCA dedah diarah pemimpin kanan BN untuk sokong PN
Join our Telegram Channel