Muhyiddin mungkin ditahan hari ini, kata ketua penerangan Bersatu



PUTRAJAYA: Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris menjangkakan presiden parti Muhyiddin Yassin akan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

“Muhyiddin telah diminta hadir ke ibu pejabat SPRM… dan kita jangkakan beliau akan ditahan (hari ini) dan didakwa di mahkamah esok,” kata Razali kepada wartawan yang berkumpul di luar ibu pejabat SPRM.

“Kami menganggap ini tidak berperikemanusiaan kerana parti akan mengadakan pemilihan esok, dan Parlimen juga sedang bersidang.”

https://www.cinca.news/2023/03/muhyiddin-mungkin-ditahan-hari-ini-kata.html

Muhyiddin, bekas perdana menteri, dijangka tiba di ibu pejabat SPRM selepas diminta hadir jam 11 pagi.

Muhyiddin sebelum ini mengesahkan dipanggil SPRM berhubung projek yang dianugerahkan di bawah Jana Wibawa, inisiatif rangsangan Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera yang diperkenalkan pada November 2020 semasa beliau menjadi perdana menteri.

Bulan lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata kertas siasatan membabitkan Muhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional, masih belum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). – MG



Join our Telegram Channel
Telegram