PUTRAJAYA: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) ditahan pada 1 tengah hari tadi di ibu pejabat SPRM Putrajaya, ketika hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.
Dalam kenyataan SPRM berkata, pihaknya juga mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Muhyiddin di Mahkamah Kuala Lumpur esok.
“Beliau bakal berdepan beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.
Terdahulu bekas perdana menteri itu diminta hadir ke ibu pejabat SPRM pada 11 pagi.
Muhyiddin yang semalam menyangkal dakwaan ditahan di padang golf di Selangor, sebelum ini mengesahkan dipanggil SPRM berhubung projek bawah Jana Wibawa, inisiatif rangsangan Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera, diperkenalkan pada November 2020 semasa beliau menjadi perdana menteri.
Beliau menjadi pemimpin terbaru ditahan berhubung projek Jana Wibawa. Dua pemimpin Bersatu – Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Segambut Adam Radlan Adam Muhammad – didakwa di mahkamah bulan lalu kerana meminta dan menerima rasuah berhubung projek berkait Jana Wibawa.
Sementara itu, Bendahari Agung Bersatu Salleh Bajuri dibebaskan SPRM pada 3 Mac selepas ditahan dan direman selama dua hari. Menurut sumber, penahanan Salleh berkait siasatan ke atas program Jana Wibawa dan permohonan dalam talian Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN).
ARTIKEL BERKAITAN:
- Siasatan terhadap Muhyiddin masih berjalan, kata Azam
- Muhyiddin bakal ditahan, politik negara semakin panas
- Muhyiddin ditahan SPRM ketika main golf, akan didakwa esok – Sumber
- Muhyiddin nafi ditangkap, akan mengadap SPRM esok
- Jangan sentuh Abah kami! Pegawai Wan Saiful ajak penyokong berguling di pejabat SPRM
- Penyokong Muhyiddin mula berhimpun depan SPRM
- Muhyiddin mungkin ditahan hari ini, kata ketua penerangan Bersatu
- Muhyiddin didakwa esok: Sumber SPRM
- Muhyiddin ditahan
- Saya tidak bersalah, kata Muhyiddin selepas dibebaskan
- Lepaskan jawatan Presiden Bersatu? Tunggu pertuduhan dulu – Muhyiddin
Join our Telegram Channel