Saya tidak bersalah, kata Muhyiddin selepas dibebaskan



Muhyiddin dibebaskan selepas 9 jam disoal SPRM


PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas sembilan jam disoal, dalam siasatan berkait program Jana Wibawa.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu keluar dari bangunan SPRM dengan menaiki Toyota Vellfire pada kira-kira 8.20 malam.


Beliau dipercayai terus ke markas Pas Taman Melewar di Gombak, Selangor untuk program solat hajat.

Muhyiddin ditahan SPRM pada 1 petang tadi selepas dipanggil untuk diambil keterangan.

SPRM memaklumkan ia mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Muhyiddin di Mahkamah Kuala Lumpur esok. – FMT


Saya tidak bersalah, kata Muhyiddin selepas disoal SPRM


PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin bertegas beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang, apabila ditemui pemberita selepas keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Saya sekadar melaksanakan keputusan Jemaah Menteri yang menghendaki Pejabat Perdana Menteri memanjangkan permohonan projek untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan mengikut syarat dan peraturan yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan yang dibacakan.

“Saya tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.”


Katanya lagi, beliau tidak pernah berjumpa kontraktor yang dikatakan mendapat projek dan tidak pernah menerima wang daripada mereka.

“Saya menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan saya akan jawab segala pertuduhan terhadap saya di mahkamah,” katanya.

Muhyiddin dibebaskan SPRM selepas sembilan jam disoal, dalam siasatan berkait program Jana Wibawa.

Presiden Bersatu itu ditahan SPRM pada 1 petang tadi selepas dipanggil untuk diambil keterangan.

SPRM memaklumkan ia mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Muhyiddin di Mahkamah Kuala Lumpur esok. – FMT



Join our Telegram Channel
Telegram