Lelaki akhirnya kantoi intai wanita di seluruh dunia



LONDON – Seorang lelaki di Britain ditahan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) selepas menggodam lebih 700 kamera web untuk mengintip wanita di seluruh dunia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Christopher Taylor, 60, ditahan selepas memperdaya 772 orang untuk mendapatkan kawalan ke atas kamera web mereka.

Perisian jahat (malware)  yang digunakan Taylor memberinya akses penuh ke atas kamera web serta log masuk untuk mengintip mangsanya semasa mereka belajar, berlatih yoga dan melakukan hubungan intim, jelas keterangan di Mahkamah Diraja Bolton.


Sepanjang tempoh itu, Taylor secara rahsia menonton dari sebuah komputer riba di rumahnya di Wigan sebelum ejen FBI akhirnya menjejaki penggodam tersebut.

Komputer riba milik seorang pelajar di Institut Teknologi Georgia mendedahkan jenis malware yang digunakan Taylor sebelum rumahnya diserbu pada 2016.

Taylor yang dipenjarakan selama 14 bulan telah mengintip ramai wanita untuk kepuasan seksualnya sendiri serta mengumpulkan 80,000 imej dan video antara 2010 dan 2016.


Secara keseluruhan, 82 imej melibatkan haiwan ditemui termasuk satu klip video seorang wanita melakukan hubungan seks dengan anjing.

Taylor juga telah memadamkan beribu-ribu fail sebelum ditangkap. 

Dia memperdaya mangsa dengan laman web lucah palsu yang apabila diklik, akan memberikannya akses penuh ke komputer riba mereka, termasuk kamera web. – Agensi



Join our Telegram Channel
Telegram