Lelaki mengamuk tendang pecah pintu surau, halang jemaah solat tarawih



Kajang: Seorang lelaki membuat kecoh dengan menghalang jemaah yang sedang mengerjakan solat tarawih di sebuah surau di Sungai Chua, di sini, semalam.

Tindakan lelaki itu turut dirakam menerusi beberapa rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam. 


Difahamkan kejadian itu dipercayai berpunca daripada seorang lelaki yang mendakwa bunyi pembesar suara di surau berkenaan terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteramannya.

Berdasarkan rakaman video pertama berdurasi dua minit 20 saat yang tular itu, lelaki berkenaan dilihat gagal ditenangkan dan mula meninggikan suara sehingga berlaku pertengkaran antara mereka di luar kawasan surau terbabit.


Beberapa jemaah kemudian dilihat mengejar lelaki berkenaan yang kemudian berjaya meloloskan diri.

Dalam rakaman video kedua yang berdurasi 44 saat pula memaparkan pintu surau berkenaan yang dikatakan pecah serta rosak angkara lelaki terbabit. − Hmetro


ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram