PETALING JAYA: Seramai lapan pekebun Musang King di Raub sudah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung isu penanaman durian di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui.
Beliau berkata, semua pekebun terbabit hadir ke pejabat SPRM Raub bermula 10 pagi hingga 4 petang semalam bagi memberikan keterangan.
“Semua pekebun terbabit memberikan keterangan dan bekerjasama penuh dalam suasana yang baik. Tiada pekebun yang ditahan pihak SPRM setakat ini dan semua berjalan dengan baik serta lancar,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Katanya, semua pekebun terbabit turut diwakili peguam yang dilantik dalam kes ini bagi berhadapan dengan isu berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan kira-kira 15,000 pokok durian Musang King yang ditanam secara haram dalam kawasan HSK Batu Talam dimusnahkan dalam masa sembilan hari Operasi Pamah yang bermula sejak 3 Julai lalu membabitkan luas keseluruhan lebih 101 hektar.
Menurut Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad berkata operasi itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan ia dibantu dengan kehadiran lebih ramai kakitangan dari setiap daerah.
Azirim berkata, kerja menebang pokok disertai hampir 100 orang kakitangan turut dibantu anggota Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) yang menggunakan mesin gergaji berantai.
Katanya, kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Selasa lalu membantu kelancaran operasi selepas berlaku tindakan provokasi selain jambatan dirosakkan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Akhirnya tokey durian haram sedar negara ini ada Raja, sindir Shahaniza
- MB Pahang tetap mahu pekebun durian haram ‘kosongkan’ tanah
- KURANG AJAR: Pekebun durian haram sound polis bangsat
- Lihatlah berapa kurang ajarnya MP DAP Ronnie Liu terhadap pihak polis (3 video)
- Pekebun durian haram roboh 4 jambatan elak operasi musnah pokok Musang King
- Pekebun durian haram insaf, rayu operasi tebang ditangguh
- Sampai sekarang, tiada pekebun haram durian berani umum pendapatan – Apek Cina
Join our Telegram Channel