APA sudah jadi dengan dua tokoh dan idola rakyat Malaysia, personaliti dakwah
Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice apabila secara tiba-tiba hubungan mereka
menjadi dingin.
Kekusutan antara mereka mula disedari selepas Caprice atau Ariz Ramli, 33,
berkongsi mesej panjang lebar yang dihantarnya bagi menegur perilaku Ebit
ketika dalam misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.
Menurut Caprice tindakan Ebit menggunakan kanak-kanak malang di bumi Palestin
sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar.
"Salam ustaz, minta maaf tapi Caprice dah simpan rasa ni dekat satu minggu
dah, Caprice rasa kena tegur ustaz depan-depan dulu.
"Ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar-gambar ustaz yang hanya
highlight orang dan budak miskin.
"Caprice bagi contoh budak ni kena ambil gambar dua kali terima mainan.
Apabila orang Palestin tanya kenapa ustaz yang famous di Malaysia buat macam
ni, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab," katanya menerusi mesej yang
dipercayai dihantar ke aplikasi WhatsApp Ebit.
Namun dakwa Caprice mesej teguran berkenaan tidak dilayan pendakwah bebas yang
terkenal dengan pelbagai misi bantuan itu.
Menerusi siri perkongsian di Instastory, Caprice turut berkongsi foto Ebit
bersama seorang kanak-kanak yang diberikan mainan dalam dua sudut yang
berbeza.
Difahamkan foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak di
Palestin.
"Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ni, fasal mainan tu kecoh
selepas orang Gaza tanya tentang hal berkenaan.
"Budak miskin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua
kali.
"Orang Gaza soal kenapa nampak macam photoshoot? Sudah la selama ni mereka
tahu ada banyak kes berlaku macam ni," katanya.
Caprice juga mendakwa orang berkopiah nampak alim seperti Ustaz Ebit Lew dan
lain-lain hanya masuk ke Gaza, mengambil gambar-gambar dan video untuk
menjadikan modal untuk mengutip dana dari orang ramai.
Susulan teguran terbuka itu, Caprice turut mendedahkan dia juga sudah disekat
daripada mengikuti akaun Instagram Ebit di Instagram.
Caprice berjanji untuk mendedahkan perkara ini dengan lebih lanjut pada 21
Julai. Beliau juga memuat naik di IG beliau yang tidak akan pulang ke Malaysia
buat masa ini selagi kerajaan tidak bertukar.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Caprice, Ustaz Ebit Lew gaduh teruk, ini sebenar puncanya... (16 gambar)
- [Video] Caprice menangis cerita pada Sharnaaz hal Ustaz Ebit berak di Gaza
- Pembantu Ebit Lew jawab fitnah Caprice, mana ada ustaz melutut cium kaki menteri Gaza
- Firdaus Wong sokong Caprice
- TMJ pertahan Ebit Lew kecam Caprice
- Campur tangan politik punca tak dapat masuk Gaza bersama Ebit Lew, dakwa Caprice
- I stand with you, Ebit Lew – Najib Razak
- Mesir tak izin rombongan Azeez, Caprice masuk ke Gaza
- Netizen tanya Caprice tak ikut Azeez Rahim agih bantuan di kem pelarian Gaza ke?
- Netizen pelik PA Ustaz Ebit Lew tak cucuk vaksin tapi dapat ke luar negara
- Saya sedih bila orang nak cari gaduh dengan saya, cakap bukan-bukan terhadap saya, kata Ebit Lew
- Cara Ustaz Ebit Lew masuk ke Gaza salah, dakwa Nadir
- Caprice mintak maaf pada TMJ, Ebit Lew, Hishammuddin, Azeez Rahim
Join our Telegram Channel