Netizen tanya Caprice tak ikut Azeez Rahim agih bantuan di kem pelarian Gaza ke?



Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi rap, Caprice menjadi sebutan di media sosial gara-gara kenyataan yang dipercayai dia tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit Lew.

Terbaharu, isu di mana keberadaan Caprice menjadi tanda tanya apabila netizen tidak melihatnya di dalam beberapa foto yang telah dimuat naik oleh Datuk Seri Abdul Azeez Rahim di Facebook ketika misi menghulurkan bantuan di Jordan.

Dimanakah Caprice?



Baru-baru ini, ahli Parlimen Baling bersama kumpulan misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) dilihat telah berkunjung ke kem pelarian Gaza yang terletak di kawasan perkampungan Jerash, Jordan untuk memberi bantuan.

Walau bagaimanapun, mereka masih belum berjaya untuk memasuki ke Gaza dan kini masih berada ji Jordan. Namun, kelibat Caprice tidak kelihatan ketika misi memberi bantuan di kem pelarian berkenaan.

Susulan daripada itu, netizen mula membanjiri ruangan komen dengan mempersoalkan di mana Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli kerana difahamkan penyanyi rap itu merupakan salah seorang peserta misi HM4P.

Mana Caprice? Tanya je



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bertanya di mana Caprice sekarang ini. Malah ada juga di antara mereka yang berseloroh agar ahli parlimen itu membawa penyanyi rap berkenaan pulang ke Malaysia. – OhBulan


ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram