I stand with you, Ebit Lew – Najib Razak



Selepas banyak pihak tampil mempertahankan Ustaz Ebit Lew termasuk Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kini gilira bekas perdana menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pula ke depan menyatakan sokongannya.

Walaupun ringkas, hantaran yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pekan itu seperti biasa mendapat perhatian yang luar biasa dari pengikutnya di media sosial.


"Ustaz baru sahaja kehilangan arwah ayah tersayang. Kenapa pula hendak kritik dia pada ketika ini?

"I stand with you, Ebit Lew." kata Najib ringkas.

Setakat artikel ini ditulis hantaran Najib itu telah mendapat lebih 41,000 tanda suka dan 911 perkongsian selepas 30 minit dihantar.

Sebelum ini Caprice atau Ariz Ramli, 33, berkongsi mesej panjang lebar yang dihantarnya bagi menegur perilaku Ebit ketika dalam misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.


Menurut Caprice tindakan Ebit menggunakan kanak-kanak malang di bumi Palestin sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar.

Caprice bagaimanpun dikecam hebat oleh kawan dan lawan namun tidak berganjak untuk tetap membuat pendedahan pada 21 haribulan Julai tentang isu yang telah berlaku di Gaza yang melibatkan Ustaz Ebit Lew dan kaitannya dengan politik tanah air. – cinca.news


ARTIKEL BERKAITAN:





Join our Telegram Channel
Telegram