Netizen pelik PA Ustaz Ebit Lew tak cucuk vaksin tapi dapat ke luar negara



Umum mengetahui, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew bersama delagasinya telah selamat pulang ke tanah air setelah selesai melakukan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Meskipun kesemua mereka telah selamat pulang ke Malaysia, nama Ustaz Ebit Lew dan seorang pembantu peribadinya telah mencuri tumpuan netizen berikutan satu isu ‘viral’ di antara pihak mereka dan Caprice.

Terbaru, netizen mempersoalkan pula mengenai foto pembantu peribadi Ustaz Ebit Lew yang baru menerima vaksin hari ini.

Di Instagram, pembantu peribadi Ustaz Ebit Lew yang dikenali sebagai Arieff dipercayai telah memuat naik foto dirinya sudah divaksin hari ini.


Nak vaksin



Susulan daripada posting tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan kenapa individu berkenaan baru menerima vaksin sedangkan seseorang yang ingin ke luar negara perlu mendapatkan vaksin terlebih dahulu.

Menerusi posting tersebut juga, Arieff dipercayai menerima vaksin jenis Pfizer dan temu janji bagi dos keduanya dijadualkan pada 7 Ogos nanti di Axiata Arena Bukit Jalil juga.

Bagaimanapun posting berkenaan dipercayai sudah dipadam.



Belanja petugas barisan hadapan


Tadi sempat ke Pusat Vaksin di Axiata Arena. Belanja 360 set kfc dan beri semangat pada mereka. Semua melambai-lambai dan ajak bergambar. Rindu Malaysia. Terharu terasa macam baru balik kampung je. Terima kasih semua. Semoga semua petugas terus kuat yer. Penat tugas sepanjang hari. Kesana sini petugas bawa vaksin dan bawa ke ruang suntikan. Semua teramat sibuk. Sabar yer. InsyaAllah kita akan sama-sama melalui semua ini dengan pertolongan Allah. Semoga Allah beri kekuatan buat Doktor, Jururawat, sukarelawan,JPAM,Bomba,PDRM.Allah Maha Baik.

Sementara itu, Ustaz Ebit Lew dipercayai turut hadir ke pusat pemberian vaksin tersebut bagi menghulurkan bantuan makanan kepada kesemua staf yang berkhidmat di PPV berkenaan. – OhBulan 


Akaun private




Join our Telegram Channel
Telegram