Mesyuarat MP BN calonkan Ismail Sabri PM baharu



KUALA LUMPUR – Perjumpaan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam ini membuat keputusan mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Menurut salah seorang ahli Parlimen yang hadir, perjumpaan tersebut mengambil isyarat dari keputusan Majlis Tertinggi Umno bagi menamakan hanya satu calon dikemukakan oleh BN


Mesyuarat MKT Umno pada awal malam tadi gagal membuat keputusan mengenai calon pilihan tetapi meminta ahli-ahli Parlimen BN menghormati pandangan Yang di-Pertuan Agong agar menghantar satu nama sahaja.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – SuaraTV



 


Join our Telegram Channel
Telegram