Kuala Lumpur – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menolak cadangan biro politik Umno mahu menamakan empat calon Perdana Menteri dari parti tersebut kepada yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.
Dalam mesyuarat yang agak panas kerana perbezaan pendapat calon, MKT memutuskan Umno mesti menghantar satu nama saja. Bagaimanapun MKT Umno gagal menamakan calon tunggal tersebut dan menyerahkan kepada ahli-ahli Parlimen BN untuk memutuskan.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Berdasarkan pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri oleh ahli-ahli Parlimen BN sebelum ini, Ismail Sabri dijangka mendapat sokongan Umno.
Jika semua ahli Parlimen Umno menyokong Ismail beliau akan memperolehi 111 sokongan berikutan Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sawarak telah mengumumkan sokongan kepada Ismail. – SuaraTV
ARTIKEL BERKAITAN:
- Zahid tidak menamakan diri sebagai calon PM
- Muhyiddin tak tolak kemungkinan kembali sebagai PM
- Kerajaan PN tidak gagal, kita buat ibadah selamatkan nyawa – Mahiaddin
- MP diarah calonkan PM sebelum 4 petang esok
- 6 Ahli Parlimen tiba di Istana Negara
- Agong cadang tubuh kerajaan dengan kekuatan semua parti – Anwar
- MKT UMNO bermesyuarat malam ini
- Muhyiddin sain SD sokong Ismail Sabri sebagai PM, Azmin TPM
- MKT Umno sokong Ismail Sabri calon PM?
- Mesyuarat MP BN calonkan Ismail Sabri PM baharu
Join our Telegram Channel