Petugas media berkumpul di istana, tunggu Ismail Sabri angkat sumpah PM9



PETALING JAYA: Sehingga pukul 1 petang, petugas media memenuhi pekarangan Istana Negara menunggu ketibaan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Is­mail Sabri Yaakob yang dijadualkan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pintu satu Istana Negara dikawal ketat oleh pihak Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).


Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri yang kesembilan.

Ahli Parlimen Bera itu berjaya mengumpul jumlah Surat Akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram