PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul bukti berhubung siasatan yang dikaitkan kes melibatkan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan kes itu masih berjalan.
“Kita sedang kumpul bukti bagi melengkapkan kertas siasatan.
“Selain itu, kita minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ogos lalu, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.
Bertindak atas laporan itu polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ebit, 37, dipanggil polis pada 19 Ogos lalu untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Video mirip Ebit Lew beraksi tak senonoh atas katil tular
- Polis akan siasat penularan video lucah mirip Ebit Lew
- Kami tak terlibat dengan Ebit Lew, kata wakil Dr Fadzilah Kamsah
- Air mata, kopiah tak boleh selamatkan kamu lagi – Caprice
- Gangguan Seksual: Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman?
- Ini satu fitnah yang sangat kejam – Ebit Lew
- Saya maafkan sesiapa cuba jatuhkan saya – Ebit Lew
- Gangguan seksual: Siasatan ke atas Ebit Lew diteruskan hingga polis puas hati
- PANAS: Polis serbu rumah Ustaz Ebit Lew
- Kita tak boleh dedah berapa banyak laporan ke atas Ebit Lew diterima – Polis
- Mangsa gangguan seksual Ebit Lew sudah dirakam keterangan
- PANAS: Mangsa dedah bukti mesej lucah dikatakan dari Ustaz Ebit Lew
Join our Telegram Channel